Tuesday, 18 December 2012

Oh Memang Gila!

Hahaha ..saya bukan nak stress ker tapi saya sangat lah worried akan result Penilaian Menengah Rendah a.k.a PMR ESOK !!! Ape pun usaha telah dilakukan saya hanya mampu berdoa serta bertawakal agar peroleh FLYING COLOURS amin........



Klik Sini untuk semak secara online

Monday, 17 December 2012

AWAS!!!! E-Codes yang TIDAK HALAL



E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

Sunday, 16 December 2012

Apple iMac bertatahkan permata dan emas

iMac dan produk Apple merupakan produk yang diburu oleh penggemar gajet di seluruh dunia.Rekabentuknya yang ultra-slim dengan paparan widescreen,processor super pantas serta grafik berdefinasi tinggi menjadilan ia satu produk yang sempurna.Ditambah lagi dengan perincian batu permata Swarowski ,di tambah pula dengam kemasan emas 24 karat.Bingkainya pula ditukar kepada Onyx dan monitor diperbuat daripada Ivory.iMac dengan rekabentuk  eksklusif ini di jual pada harga $100,000 (RM300,00)

apple iMac bertatahkan batu permata dan emas
apple iMac bertatahkan batu permata dan emas

Doriyaki sedap dan mudah


·         DORIYAKI
·          
·          
·         100gm tepung kek atau tepung gandum
·         ½ sudu kecil baking soda
·         60gm gula halus
·         2 sudu besar madu
·         2 biji telur
·         ½ sudu besar minyak masak
·         ½ sudu kecil esen vanilla
·         Inti:1½ cawan kacang merah yg manis
Cara-cara
1.     Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
2.     Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3.     Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
4.     Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
5.     Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
6.     Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

To The Beautiful You

"To the beautiful you" kisah tentang Goo Joo Hee seorang gadis Korea yang tinggal di Amerika.Suatu hari dia melihat Acara Lompat Tinggi dan minat kepada salah satu perserta iaitu,Kang Tae Joon. Dia mengidolakan beliau dan akhirnya Goo Joo Hee pergi ke Korea untuk pergi ke sekolah yang sama dengan Tae Joon setelah mengalami kecederaan yang menyebabkan dia terbaksa berundur daripada melakukan lompatan.Goo Joo He telah menyamar menjadi lelaki supaya dia dapat bersama dengan Kang Tae Joon. 

 


 
Sulli f(x) sebagai Goo Jae Hee


Minhoo SHINee sebagai Kang Tae Joon


Lee Hyun Woo sebagai Cha Eun Gyeol


Klik sini untuk download drama ini

Tudung People

Post kali ini saya nak cerita tentang jenama tudung yang Top sekarang Tudung People.Saya suka tengok gambar yang diorang shoot .Memang terbaik!

                



tudung people

Purdah dan Niqab :Adakah sekadar fesyen?


Entri kali ini penulis berasa terpanggil untuk membicarakan perkara yang berkaitan serba sedikit mengenai purdah / niqab / penutup muka dan sebagainya yang kini kian menjadi tarikan terhadap para wanita untuk mengamalkannya.
Sebelum meneruskan apa jua pandangan dan kritikan, ingin sekali penulis ketengahkan ayat-ayat Al-Quran sebagai pemula bicara. Moga hati-hati yang membacanya dapat menela'ah apa yang tersirat pada setiap tafsiran ayat ini. 
"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Ahzab ayat 59)
Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata,
"Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja."
(Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/513)
Manakalah Qatadah berkata tentang firman Allah ini (QS. Al Ahzab: 59),
"Allah memerintahkan para wanita, jika mereka keluar (rumah) agar menutupi alis mereka, sehingga mereka mudah dikenali dan tidak diganggu." 
(Riwayat Ibnu Jarir, dihasankan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/514)
Kemudian diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata,
"Wanita itu menghulurkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya." 
(juga Riwayat Abu Dawud, Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan: Hasan Shahih. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/514)
Abu 'Ubaidah As-Salmani dan lainnya mempraktikkan cara menghulurkan jilbab itu dengan selendangnya, iaitu menjadikannya sebagai kerudung, lalu dia menutupi hidung dan matanya sebelah kiri, dan menampakkan matanya sebelah kanan. Lalu dia menghulurkan selendangnya dari atas (kepala) sehingga dekat ke alisnya, atau di atas alis. (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/513)
As-Suyuthi berkata,
"Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini terdapat dalil kewajipan menutup kepala dan wajah bagi wanita."
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 51, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah)
Perintah menghulurkan jilbab ini meliputi menutup wajah berdasarkan beberapa dalil:
1. Makna jilbab itu sendiri di dalam bahasa Arab adalah: Pakaian yang luas yang menutupi seluruh badan. Sehingga seorang wanita wajib memakai jilbab itu pada pakaian luarnya daripada hujung kepalanya turun sampai menutupi wajahnya, segala perhiasannya dan seluruh badannya sampai menutupi kedua hujung kakinya.
2. Yang biasa nampak pada sebahagian wanita jahiliah adalah wajah mereka, lalu Allah perintahkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam serta isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. Kata idna' (pada ayat tersebut ÙŠُدْÙ†ِينَ -ed) yang ditambahkan huruf (عَÙ„َÙŠ) mengandungi makna menghulurkan dari atas. Maka jilbab itu diulurkan dari atas kepala menutupi wajah dan badan.
3. Menutupi wajah, baju, dan perhiasan dengan jilbab itulah yang difahami oleh wanita-wanita sahabat.
4. Dalam firman Allah: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu", merupakan dalil kewajipan hijab dan menutup wajah bagi isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, tidak ada perselisihan dalam hal ini di antara kaum muslimin. Sedangkan dalam ayat ini isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam disebutkan bersama-sama dengan anak-anak perempuan beliau serta isteri-isteri orang mukmin. Ini bererti hukumnya mengenai seluruh wanita mukmin.
5. Dalam firman Allah: "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu." Menutup wajah wanita merupakan tanda wanita baik-baik, dengan demikian tidak akan diganggu. Demikian juga jika wanita menutupi wajahnya, maka lelaki yang rakus tidak akan berkeinginan untuk membuka anggota tubuhnya yang lain. Maka membuka wajah bagi wanita merupakan sasaran gangguan dari lelaki nakal/jahat. Maka dengan menutupi wajahnya, seorang wanita tidak akan memikat dan menggoda lelaki sehingga dia tidak akan diganggu.
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 52-56, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap seluruh muslimah di atas muka bumi ini kerana bilangan kamu semakin bertambah dan semakin berkembang.
Pembudayaan berpurdah semakin menjadi popular dewasa ini setelah pereka fesyen busana muslimah dengan rela hati mengambil purdah sebagai trademark terhadap rekaan fesyen mereka. Itu merupakan antara halnya yang berkaitan fesyen terkini akan tetapi apa yang penulis ingin kongsikan bersama bukanlah berkenaan fesyen berpurdah akan tetapi sejauh mana pengunaan purdah itu mampu menjadikan seseorang muslimah itu anggun dari segi imannya, akhlaknya dan perwatakannya sebagai srikandi Islam yang asli.
Apabila ditanya " Kenapa berpurdah?" kepada muslimah yang telah menggamalkan pemakaian purdah maka terdapatlah pelbagai jawapan yang kadangkala enak di dengar dan adakalanya berasa jelek dan tertanya-tanya dengan jawapan yang diberikan oleh penggamal purdah. Antara jawapan yang dapat dikongsi bersama adalah :
" Saya pakai purdah sebab tertarik dengan kawan-kawan yang pakai purdah."
 " Pakai purdah membuatkan saya lebih yakin diri untuk berhadapan dengan masyarakat."
 " Nampak cantiklah pakai purdah, sebab tu saya tertarik untuk berpurdah."
 " Benda nie susah nak ceritalah ustaz, maybe lebih kepada gerak hati kot."
" ... dah budaya sekeliling ramai yang berpurdah, so saya ikut jelah."
" Ramai kata lebih selamat dari gangguan lelaki kalau kita berpurdah."
 " Lebih muslimah sikit kalau berpurdah ustaz."
Walau apa pun jawapan yang terpacul dari mulut muslimah yang berpurdah ianya tidak menjadi masalah kerana mereka telah pun berjaya mempamerkan kelainan dan perbezaan di antara wanita muslimah dan wanita kebanyakkan lainnya. Tahniah diucapkan kepada seluruh muslimah yang berpurdah dan bersyukurlah kerana anda berjaya membawa perwatakan muslimah yang lebih jitu di dalam kehidupan seharian anda.
Cumanya ada beberapa perkara yang penulis ingin titik beratkan kepada seluruh muslimah yang berpurdah, ianya berkaitan niat anda dalam pemakaian purdah. Niat yang berlegar dihati setiap manusia tidak akan dapat diketahui sepenuhnya oleh makhluk dan ianya hanya terletak di bawah pengetahuan Tuan kepada makhluk iaitu Allah Azzawajalla.
Apabila menyebut perkataan NIAT ini, penulis teringat dengan beberapa jawapan dari pemuda-pemuda amnya setelah diajukan persoalan " Agaknya mengapa wanita berpurdah? ", antaranya :
 " Sebab dia lawa la yang dia pakai purdah, takut muka dia yang cantik tu menjadi fitnah terhadap mata-mata lelaki yang memandang."
 " Muka tak lawa la tu. Lau pakai purdah nampak cun sikit yer dak ustaz, ke camne? ".
" Ikut-ikut member la tu. Balek mesia kang kompem tak pakai dah."
" Fesyen bos."
" Rasa best sangat la kot pakai purdah."
 " Lantak diorang la nak pakai purdah, bukan kaco hidup ku pon. Hak diorang, pedulikanlah."
Pedulikan apa sahaja kata pemuda-pemuda tentang diri anda yang berpurdah. Anda yang mengetahui apa yang terkandung di dalam hati anda. Cuma perlu diingatkan, memakai purdah bukan sekadar ikut-ikutan, ingin menutup kelemahan diri atau demi panggilan fesyen yang pastinya tidak akan berkesudahan.
Ikhlaskanlah hatimu Lillahi Ta'ala agar pengamalanmu boleh dikira pahala di sisi Allah dan moga-moga dengan niat yang ikhlas itu kelak mampu untuk menuntun dirimu ke syurga. Maka bagi pemakai purdah yang sebelum ini tersasar jauh dari niat yang ikhlas Lillahi Ta'ala mari bersama perbaharui niat yang lama kepada niat yang baru
" Sungguh aku memakai purdah ini semata-mata mengharap redha Allah SWT kerana aku ingin mendekatkan diri kepadaNya."
Setelah niat diperbaharui perlu ada beberapa lagi ciri yang perlu anda penuhi bagi mencapai tingkat sebenar sebagai seorang pemakai purdah, antaranya :
1. Santun dan tegas dalam berbicara.
2. Tidak melirikkan mata dalam apa jua keadaan.
3. Jangan tabarruj dalam menghiasi mata.
4. Merasakan diri masih banyak kekurangan.
5. Menghindar body language.
6. Lebih ramah sesama wanita lain.
7. Hindar sifat merasa diri mulia.
8. Menggelak dari menutur kalam lagha / berjidal.
9. Mengorbankan diri dalam dakwah dengan lebih konsisten.
10. Berakhlak dengan akhlak sebenar seorang muslimah.

Begitulah di antara beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan kepada pemakai purdah. Apabila anda telah menyarungkan purdah ke muka anda maka bertimpa-timpalah bebanan kerja yang wajib anda pikul dengan berhati-hati agar ianya tidak bertaburan dan keciciran. Dan yang paling penting agar ianya tidak menjadi fitnah ke atas Islam itu sendiri.
Sekiranya anda tertinggal salah satu di antara ciri-ciri yang penulis sebutkan tadi maka boleh dikatakan secara automatiknya anda tidak lagi bergelar srikandi yang membawa imej Islam akan tetapi anda akan bertukar menjadi virus perosak kepada imej Islam yang mulia.
Semoga apa yang diperkatakan penulis ini dipandang sebagai satu perkongsian dan moga-moga ianya tidak dianggap ancaman oleh seluruh warga muslimah yang berpurdah. Semoga anda yang berpurdah berjaya menyelami hakikat kemanisan iman dan juga berjaya menggapai tingkat cinta dan sayangkan Allah serta Rasulullah SAW.
Wallahu wa Rasuluhu a'lam..

Petua Muka Cantik


1) Menghilangkan Parut Jerawat

Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2) Menghilangkan Tahi Lalat

Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera.
3) Bibir Merah Semulajadi

Petua ni memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari. Takpun boleh juga sapu ubat gigi pada bibir sebelum tidur.
4) Melebatkan Bulu Kening

Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. 


5) Licin Berseri

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering. 

6) Naikkan Seri Wajah/Muka

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu….. 

7) Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata

Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka… pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat. 

8)
  Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk..cubalah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata. 

9) Melicinkan Wajah

Ambil buah tomato makan atau sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba. 

10) Memerahkan Bibir Yang Hitam

Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
11) Menghilangkan Lebam di Bibir

Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam.



12) Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening

Caranya mudah saja…ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. 

13) Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak


1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.

14) Mencantikkan Kulit Muka

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

15) Menyerikan Wajah

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah. 

16) Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang…tapi kena rajin mengamalkannya..

17) Petua Awet Muda

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah.

18) Muka Berseri

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid. 


19) Sentiasa Muda

Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda.

20) Nampak Muda

Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. 

21) Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

22) Kulit Sentiasa Tegang

Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut. 

23) Muda Jelita Sentiasa

Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam – ulaman yang dimaksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba. 

24) Wajah Jelita

Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan.

25) Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening

Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. InsyaAllah…lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

26) Memutihkan Kulit Muka

Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang. 

27) Menghaluskan Kulit Muka

Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.